Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Sungai Chongkak--> Brr.. Sejuknyer!

Dah nak habis belajar nie, mula lah nak mencari tempat untuk enjoy2... hahaha.....
tiba2 saja rasa nak berpiknik maka kumpulan nie yg mana semuanyer perempuan.. 
bercadang bukan jauh pun, adalah sekitar Ulu Langat nue hah.. g lah Sungai Chongkak.. 
Dulu mmg dah penah g, sekali jer... tp kali nie lagi enjoy mungkin sbb dah nak habis belajar kot and mmg member yg sengal2 semuanya.. hahahahah.... 
so tiga buah kereta, dr tempat kami di cheras nie sejam jer perjalanan... kami pun siap2 lah bawak apa2 jer yg diperlukan, incase of aku, kamera handaklah dianggap wajib! ahahah...


Sibuk meletakkan makanan nan pelbagai, 
syok sgt tue..
(p.s: background belakang sila ignore)


Mentang2 kereta kuning, baju Member nie pun nak kuning juga,semangat harimau nak berendam dlm sungai.. hahahah

macam2 persiapan nak dibuat seperti yg dilihat dlm gmbr nie, of coz lah persalinan spare kena bawak, dah nama nya nak g Sungai, mesti wajib terjun.... oh yah! lupa plak, kat sana pun boleh lah nak memanggang kalo sapa2 interested.... 
macam2 bentuk beg boleh dilihat menyemak kereta...


sebab nak BBQ, alatan memanggang pun mesti bawak jugak.

selepas preparation complete, maka kami semua pun pergi lah di sana.. eceh ayat..
dah sampai destinasi, parking dulu, 
nak jugak diaorg nie bergambar kat sini,
tp layan lah. x selalu g

Here a reminder sikit.. nak parking nie, kena bayar RM3... sbb tanah org kampung, jadi dah namanya 3 kereta, RM9 lah overall...
lepas tue nak masuk pun bayar RM1 sorang... siket jer tue, nak enjoy lama2 boleh jer... :D

Friday, January 27, 2012

Its A Wonder

sometimes its a wonder,
of the black emptiness
that always crept in slowly
never disappear no matter how,
no matter when,
always there, 
sticking... like parasite, 

its a wonder,
no matter how you appreciate it,
always there, feeling so lifeless,
no matter positive you are,
always there, feeling amiss...

its a wonder,
when you think its the right choice,
even its hurt the other one, 
the guilty is not there,
but... 
the burden of feeling,
lift up and make you more happier...

Saturday, September 24, 2011

PERSAHABATAN YANG HILANG


Kejernihan hati yang dicari,
hilang dalam kelam malam,
secebis persahabatan berkecai
direnjam sembilu kepuraan,
ketenangan yang dicari
ditelan api kemarahan,
membangkit keresahan,
mengamit kebencian,
pedoman yang diberi
dibuang seperti sampah,
kegelapan hati mula bertompok
mengalirkan darah keseksaan,
memecahkan tembok kepercayaan,
jeritan pilu lenyap dalam esakan,
rohani hanya tinggal jasad,
hilang keyakinan dalam nurani,
berundur dari kesakitan,
mencari sinar baru,
meninggalkan api durjana,
memndang sinar baru......
DEMI PERSAHABATAN YANG HILANG...

Sunday, May 1, 2011

UJIAN

buku-buku yang bertaburan,
pen pelbagai warna,
nota yang pelbagai saiz.
kertas pelbagai rupa..
air kopi yang panas...
mata yang pedih,
kepala yang berserabut,

meniti hari demi hari,
rutin tidak berubah,
yang ditatap pelbagai rupa,
yang diserap pelbagai jenis,
namun tidak mudah berputus asa,
Huruf A menjadi impian,
melirikkan senyuman di kala serabut,

dahulunya hanya lilin menjadi penerang,
kini lampu pendaflour mencerahkan mata,
komputer dan muzik menjadi peneman,
di kala mata mula merasa bosan dan penat

ujian yang datang bagaikan hantu yang menakutkan,
buku dan rujukan menjadi doa penghalau,
harus dikalahkan untuk bergerak maju,
berundur atau maju,
pilihan hanya dua,

mata yang penat,
hati yang resah,
minda yang berat,
mula menimbang keputusan hidup,

mula melihat diri sebagai diri,
membayangkan diri di dua tempat,
keputusan mula menyinga,
maju ke hadapan menjadi matlamat,
ujian yang datang disambut baik,
hurfu A menjadi sasaran,
menjamin kecerahan hidup yang bakal tiba

sajak nie dtg atas permintaan, walaupun bukan jenis yg buat ikut apa org nak, tp entah kenapa idea dtg menyergah mcm lampu jer lajunyer.. so apalagi, tgn dah sedia taip n walah... selesai lah satu misi menaikkan semangat seorang abg kesanyangan... sajak nie khas for my big brother yg dkat UM dah x lama lagi nak exam... all the bez, bro... may u have the A's u dream of.... hihii.. love from ur sister.... (^.^)