Monday, January 17, 2011

Sahabatku....

Wahai sahabat...
Bila mana kau gembira,
aku turut ketawa,
Bila mana kau Bersedih,
aku turut menangis.

Sahabatku,
jiwaku terseksa bila kau terluka,
mindaku celaru bila kau berduka,
hatiku dicarik bila kau menangis,
Sesungguhnya aku...
bimbang kepada mu...



Sahabat,
Ku bina dinding kepalsuan,
untuk memberi kau kekuatan,
Ku wujudkan senyuman patung,
Supaya kau sentiasa riang.

Walaupun hati merintih duka,
Demi kau sahabatku,
ku gagahi hati ini,
ku lupakan kesedihan ku.

Kerana ku...
ingin kau kembali,
menjadi sahabat riangku...

Kau sahabatku,
Kau keluargaku,
Kaulah segalanya,
Kau tiada galang gantinya....

No comments:

Post a Comment