Thursday, May 19, 2011

my life, my soul


My Soul bleed,
but i hide it inside,
My life's a mess,
but i still hold on,
My tear shed,
but my lips keep on smiling.

My heart bein torn,
shredded into pieces,
crush without mercy,
until nothing left anymore.

the soul is fading,
the eyes are dull,
nearly empty inside,
being lose in sadness.

trying to mend my heart,
trying to glue it together,
but keep on bleeding,
keep on ching with pain,
mo matter how much i try.

so lifeless,
so lonely,
only tears keep on coming,
only sadness becoming friends...

this is my life,
but not i who own it....
when your eyes show sadness, can you see it?

Sunday, May 15, 2011

rantai jiwa

rantai membelenggu jiwa,
menyekat perjalanan,
menghentikan langkah,
menyeksa kehidupan diri

rantai kukuh dan pejal
tidak retak tidak longgar,
mengetatkan belitan,
menyukarkan nafas,
mengaburi minda.

di saat sanubari meruntun,
menyerahkan semangat diri,
malap dalam kecewa,
merintih dalam duka,
realiti menyentak diri.

cahaya yang menyinari
memanggil diri yang terkurung,
menyentak kebenaran,
menghembus nafas baru,

tidak harus mengalah,
dinding penjara hati harus roboh
harus bebas dari belenggu rantai hitam,
harus mula mengorak langkah,
harus tabah dan kuat,

rantai hitam lebar mula goyah,
minda mula jelas,
senyuman mula terbit,
cahaya semakin mendekati,
kisah lalu harus pergi,
kisah baru harus dikecapi,

sang cetera harus bangkit,
mewujud perjalanan baru,
mewarnai yang lama,
agar hitam tiada di sisi...

Sunday, May 1, 2011

UJIAN

buku-buku yang bertaburan,
pen pelbagai warna,
nota yang pelbagai saiz.
kertas pelbagai rupa..
air kopi yang panas...
mata yang pedih,
kepala yang berserabut,

meniti hari demi hari,
rutin tidak berubah,
yang ditatap pelbagai rupa,
yang diserap pelbagai jenis,
namun tidak mudah berputus asa,
Huruf A menjadi impian,
melirikkan senyuman di kala serabut,

dahulunya hanya lilin menjadi penerang,
kini lampu pendaflour mencerahkan mata,
komputer dan muzik menjadi peneman,
di kala mata mula merasa bosan dan penat

ujian yang datang bagaikan hantu yang menakutkan,
buku dan rujukan menjadi doa penghalau,
harus dikalahkan untuk bergerak maju,
berundur atau maju,
pilihan hanya dua,

mata yang penat,
hati yang resah,
minda yang berat,
mula menimbang keputusan hidup,

mula melihat diri sebagai diri,
membayangkan diri di dua tempat,
keputusan mula menyinga,
maju ke hadapan menjadi matlamat,
ujian yang datang disambut baik,
hurfu A menjadi sasaran,
menjamin kecerahan hidup yang bakal tiba

sajak nie dtg atas permintaan, walaupun bukan jenis yg buat ikut apa org nak, tp entah kenapa idea dtg menyergah mcm lampu jer lajunyer.. so apalagi, tgn dah sedia taip n walah... selesai lah satu misi menaikkan semangat seorang abg kesanyangan... sajak nie khas for my big brother yg dkat UM dah x lama lagi nak exam... all the bez, bro... may u have the A's u dream of.... hihii.. love from ur sister.... (^.^)

HUJAN..

mendung berarak kelabu,
dingin yang mencengkam,
petanda hujan yang bakal tiba,
kecerahan yang ada,
kini suram tanpa cahaya,

rintik hujan yang sedikit,
kini deras menimpa bumi,
awan yang sarat,
memuntahkan segalanya yang berat,
kesejukan mula menjalar,
bekuan bagaikan ais batu.

namun gelak ketawa,
keceriaan hati,
menghangatkan suasana yang dingin,
memanskan badan yang mulai sejuk,
menerbitkan sinar kegembiraan,
sinar yang terbit dikalam hujan yang ganas....

PAGI

pagi yang menyinari,
Membangkit keriangan sanubari,
embun pagi yang menimpa,
meningkatkan kesegaran minda.

kesunyian pagi tanpa bunyi,
memberi ketenangan yang abadi,
senyuman terukir di bibir,
menyambut baik fajar menyinsing.