Sunday, May 1, 2011

UJIAN

buku-buku yang bertaburan,
pen pelbagai warna,
nota yang pelbagai saiz.
kertas pelbagai rupa..
air kopi yang panas...
mata yang pedih,
kepala yang berserabut,

meniti hari demi hari,
rutin tidak berubah,
yang ditatap pelbagai rupa,
yang diserap pelbagai jenis,
namun tidak mudah berputus asa,
Huruf A menjadi impian,
melirikkan senyuman di kala serabut,

dahulunya hanya lilin menjadi penerang,
kini lampu pendaflour mencerahkan mata,
komputer dan muzik menjadi peneman,
di kala mata mula merasa bosan dan penat

ujian yang datang bagaikan hantu yang menakutkan,
buku dan rujukan menjadi doa penghalau,
harus dikalahkan untuk bergerak maju,
berundur atau maju,
pilihan hanya dua,

mata yang penat,
hati yang resah,
minda yang berat,
mula menimbang keputusan hidup,

mula melihat diri sebagai diri,
membayangkan diri di dua tempat,
keputusan mula menyinga,
maju ke hadapan menjadi matlamat,
ujian yang datang disambut baik,
hurfu A menjadi sasaran,
menjamin kecerahan hidup yang bakal tiba

sajak nie dtg atas permintaan, walaupun bukan jenis yg buat ikut apa org nak, tp entah kenapa idea dtg menyergah mcm lampu jer lajunyer.. so apalagi, tgn dah sedia taip n walah... selesai lah satu misi menaikkan semangat seorang abg kesanyangan... sajak nie khas for my big brother yg dkat UM dah x lama lagi nak exam... all the bez, bro... may u have the A's u dream of.... hihii.. love from ur sister.... (^.^)

2 comments: