rebah menyembah tanah,
darah merah menitik bak sungai,
rintihan melolong sayup-sayup,
memanggil membawa kepedihan,
kaki mencari semangat,
tapak mula diatur,
rintihan tidak diendahkan,
jiwa mula sekeras batu
sanubari adalah pengerak,
hitamlah ia, hitamlah dunia,
cahaya hidayah menusuk,
memberi kesedaran diri,
nur yang bersinar,
mengamit diri ini,
langkah mula dihala,
satu hijrah yang baru
Pengabdian diri,
hijrah hati,
kerendahan sanubari,
redha dan tabah menghadapi,
demi Dia,
yang sentiasa melindungiku....
Aku bersyukur kerana kau menyayangiku dan melindungiku hingga memberi ku kesedaran untuk pulang ke jalanMu, ya Allah |
No comments:
Post a Comment