Sunday, October 7, 2012

Makanan Korea kat Gurney Drive-wON kOrEan

Assalamualaikum......

sekali lagi saya menyampuk dalam blogger nie untuk share satu tempat yang menarik... 
me and my frenz selalu datang sini sejak dari tahun lepas lagi tapi baru sekarang nak tulis dalam post nie (sengal kan).. hahahah.. 

OK, nama kedai nie Won Korean dan Won Western, KNPA ADA DUA NAMA? sebab kedai nie menyajikan dua jenis cuisine iaitu dari Korea dan juga Western...

Rupa bentuk hadapan kedai nie... won korean

juga hadapan kedai WON WESTERN...



Won Korea nie antara salah satu food stall Gurney Drive Food Village di tingkat 3, ViVa Home Shopping Mall Cheras... kami dapat tahu pasal tempat nie tahun lepas dari seorang member yang penah g makan sini.. maklumlah, bukan senang nak cari makanan korea yang halal... 

kami nie mmg dah gila nak try makanan korea (pengaruh daripada menonton citer2 korea), jadi tempat nie mmg merupakan tempat yang sesuai untuk merasa sedikit cuisine2 dia... antara benda popular yang kami suka pesan..
- Kimchi Ramen
- BBQ Chicken/Beef + Kimchi Soup
-Dubokki
-Bibimbap
-Glass noodle
-Gibbap (x ingt cam ner tulis)
-Chicken Chop

yang beznyer dia akan sertakan set tersebut dengan nasi, kimchi dan ubi rebus.... jadi kami yang nak sangat merasa kimchi mmg ada can nak experience benda tue.. dan seyes, I LIKE THE TASTE... nyum2.. penah sekali bungkus satu kontena kecik bulat kimchi bawak pulang and berlauk tue jer.. hahahahah

nie antara gambar yang sempat ditangkap, minta maaf lah x dapat nak tunjuk semua sebab syok nak makan, jadi kadang2 x ingt nak ambik gmbr.. hahahaha
BBQ Chicken + Rice + Kimchi Soup + Ubi Rebus + Kimchi
-nie dalam RM25.90 untuk satu set, nyum2-

Kimchi Ramen + Kimchi + Ubi Rebus
-sangat banyak mee dia jadi kalo nak makan mee byk tue mmg berbaloi sangat2-

Bibimbap+ Soup +Kimchi +Ubi Rebus and kimchi extra
-siap tauke ajar kami cara nak mixkan makanan nie lagi-

menu sana paling mahal pun dalam RM26 kalo x silap (maafkan kekurangan ingatan saya)... sedap dan menarik... MEH DATANG JOM... (sambil tulis sambil terliur, aiyo!)

betapa nikmatnya budak2 nie makan....
yang tengah2 tue glass noddle
yang duk tgh2 dgn mie kat mulut tue makan dubokki campur ramen.(ttukbokki)..
SEDAP! DAN MENGENYANGKAN.....

No comments:

Post a Comment