Monday, October 15, 2012

Photoshoot + Walking in the Rain @ Colmar Tropicale



Dear blog...... (diary mode ce kononnyer)



hari nie (13/10/2012) g bukit tinggi dgn ma frenz.. saja nak menambahkan memori yang mmg dah byk sbb (sekali lagi mention) tahun akhir nak habis belajar.. mana tahu kena posting sarawak, dah x lawat lagi dah tempat2 di sini.. :D
excitednyer nak g sana sampai bngun pun awal pagi padahal x gerak awal pun g sana...


excited sgt nak g sana sbb first time (siannyer lah aku nie, 5 tahun 1/2 baru nak g lawat2 tmpat mcm nie), cuaca pada mulanya kelihatan sgt lah elok (elok lah sgt) so gembiranya terfikir nak buat photoshoot.. hahahahah.... 


kami g sarapan dulu lepas tue baru gerak g sana... dua buah kereta digunakan sebab kami 7 orang. 
kami sebelum lalu tol g beli makanan seperti snek lah, coklatlah and air...


jalan kat sana mulanya elok jer except bila dah dtg lah jalan nak g tmpat tue... jalan tue x yah ckp lah, bertapa berbelit2nyer mcm kena palu ular... aku kira bernasib baik lagi sbb penah mengalami penglaman jalan seperti ini di sarawak (x yah ckp lah jalan mcm nie mmg biasa di kawasan dalam2) tp malangnya lah my housemate lagi sorang yang duduk belakang dgn aku nie mmg x leh lah, tgh elok2 dia gunting barang dia terpaksa berhenti dan dah tutup mata dah (pening terlampau) bukak mata bila dah sampai colmar tropicale jer.. sian dia.. bagi makan asam baru sembuh balik...(note 1: bawak assam byk2 kalo nak g sana bg sapa2 yg tak tahan pening)

sampai lah kat tempat nak masuk, kami bayar RM12 setiap seorang.. dtg ke satu persimpangan, jadi kami decide nak g colmar tropicale dulu... taman botani dan japanese house selepas itu... sampai terus cari tempat parking kat belakang hotel the chateau...






 


first impression: this place is really beautiful! menarik sungguh, rasa mcm bukan kat Malaysia..:D and view sana byk boleh diambik gmbr (mode sebagai tukang ambik gmbr naik tiba2)



kami bawak lah prop2 and segala barang yang diperlukan.. ngehngehngeh.... TAPI time tue jugak hujan sudah renyai2... (note 2: bawak payung x kira cuaca nampak elok or tidak)

So apa lagi.. laju jalan ambik spot nak photoshoot dulu sebelum semakin lebat... 






malangnya x lama sgt ambik gambar sbb hujan dah lebat dah so kami stuck x dpt nak buat apa2 kat lobi hotel yang ada kat sana... actually x da lah x buat apa2, ada juga ambik gmbr kat tempat2 sekitar tue (sebab bagusnya semua ada idea tempat yg boleh buat tempat bergambar especially photographer kami yg mmg x leh duduk diam) jadi gambar diambik kat tepi pintu, tepi tingkap, tepi patung, sofa.. dan sebagainya...

selepas hujan lebat dah mula rintik2 balik, kami g lah jalan2 sekitar colmar tropicale tue, diaorg semua syok masuk tgk souvenir and kedai2 sekitar kawasan tue.. 


me tertarik dgn menara yang tinggi di hujung kawsan tersebut (nick kata tempat tue menarik nak ambik gambar) so decide to wonder dulu sebelum panggil diaorg... ada dua jalan, nak pakai lif boleh, nak pakai tangga boleh.. tp aku pilih tangga sbb nak merasa juga mcm mn tingginya tue.. view dia (walaupun masih hujan dan berkabus sikit2) SANGAT CANTIK!!!
SO apalagi, call diaorg g ambik gmbr kat sana.. bez juga atas tue, menarik.. oh ya (noted 3: bawak sweater sekali kalo boleh, cuaca x menentu kadang2) disebabkan hujan +kabus + dah namanya bukit tinggi... kawsan atas menara nie sgt sejuk, rasanya sebb byk sgt lemak kot aku nie, x terkesan dgn kesejukan tue, tp yg lain semua menggigil jugak lah.. nak gelak tgk nick menggigil sambil nak ambil gmbr... tp seyes ckp.. cuaca nie mmg menarik.. sgt2 cantik, kalo nak ambik gmbr boleh jugak nie...

 

kesimpulannya, 
mmg tak menjadi sgt plan kami dek kerana hujan..
kalo ikutkan plan kami nak g taman botani sekali.. dgrnya bunga2 sana sangat cantik... (aku nak ambik gmbr bunga sebijik2 kat sana) huhuhuhu.. tp apa lah nasib nak buat cam ner, cuaca tidak begitu mengizinkan.. tak pa.. kalo dimurahkan rezeki ada masa lagi boleh g... insyaallah...

p.s: sapa2 nak ambik gmbr photoshoot wedding pun boleh juga tmpat nie.. or nak g honeymoon ker.. hahahaha

jadi meh lah saya tunjukkan lagi gmbr2 yg dah diambil kat sana... and kami nak ucapkan terima kasih sgt2 kat kawan photographer kami Nick AMrlyvios yang sudi temankan kami and ambik gmbr kami yang mcm2 ragam nie... selain tue, ada juga hasil gambar dari kawan2 lain.... mcm2 stail diaorg semua nie... hahhahahah... kredit to Diya bijou, Farteen Dean, Nick Amrlyvios....

PERHATIAN!
untuk sapa2 yg baca blog saya nie, SILALAH usha2 page silentography & silentCrews yg merupakan page dihasilkan oleh kawan kami Nick Amrlyvos.... kalo suka sila like yer.. :D TQ...














hasil photoshoot daripada Nick Amrlyvios. :D



No comments:

Post a Comment